sekuntum bunga ditaman..
segar mewangi dipelosok dunia..
setulus kasih sesuci embun..
lembut wanita kerana tutur katanya..
mesra wanita kerana senyumannya..
cekal wanita kerana beraninya..
patuh wanita kerana setianya..
Sabar wanita kerana imannya..
kasih wanita kerana belaiannya..
lemah wanita kerana air matanya..
ikhlas wanita kerana simpatinya..
dendam wanita kerana cemburunya..
sayang wanita kerana sifat keibuannya..
tanpa wanita lelaki lemah..
kerana wanita lelaki kalah..
Ia tidak diciptakan dari tapak kaki..
tuk dijadikan alas..
tidak dari kepala..
untuk disanjungi..
tetapi,dari rusuk kiri..
dekat dengan tangan..
untuk dilindungi..
dekat dengan hati..
untuk disayangi...."
~Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu..~
--Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku..--
